Dec 02, 2024 - FASSkuad Selangor FC tidak dapat ke pusingan Suku Akhir Unifi Piala Malaysia selepas tewas ke atas Sri Pahang FC dalam perlawanan kedua ‘Round of 16’ akur dengan keputusan 1-2, agregat 2-3, di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi.
Dalam aksi kedua Round 16 Unifi Piala Malaysia 2024/25, Manuel Hidalgo terdahulu menjaringkan gol buat Sri Pahang FC, meletakkan Sri Pahang di hadapan dalam separuh masa pertama. Ali Olwan memberi suntikan kepada pasukan dalam separuh masa kedua dengan jaringannya pada minit ke-64 namun gol tersebut ditidakan oleh VAR. Tidak lama kemudian, Safuwan Baharudin, Kapten Selangor FC berjaya menyamakan kedudukan dengan meledak masuk gol pada minit ke-77. Perlawanan menjadi semakin sengit dengan asakan kedua-dua pasukan. Namun, jaringan Sergio Fabian pada minit ke-85 kembali meletakkan Sri Pahang FC di hadapan dan perlawanan berakhir dengan keputusan 1-2, sekaligus melayakkan mereka ke pusingan Suku Akhir Unifi Piala Malaysia dengan agregat 2-3.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, memohon maaf atas kekalahan kedua namun yakin pasukan akan progres.
“Bola sepak adalah sebuah sukan yang penuh dengan pasang surut, dan semestinya kami kecewa dengan dua kekalahan ini, namun ini satu hakikat yang harus diterima dan perlu belajar situasi ini. Keputusan VAR tidak berpihak kepada kami, tetapi keadaan ini adalah sebahagian daripada permainan ini. Tanggungjawab saya adalah untuk membantu Selangor menjadi lebih kuat, dan dalam tempoh sukar ini hanya akan menjadikan kami lebih kuat dari masa ke semasa,” kata beliau
“Saya belum dapat memberikan kemenangan yang diharapkan oleh penyokong dalam dua perlawanan terakhir ini, tetapi saya ingin semua tahu bahawa ini bukanlah pengakhiran. Semestinya kita belajar, berkembang, dan menggunakan pengalaman ini untuk membina konsistensi dan memperbaiki diri untuk terus progres,” tambahnya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyokong atas sokongan padu mereka dalam masa yang sukar ini. Pada saat-saat seperti ini, kami memerlukan anda. Saya yakin bahawa, pemain dan staf akan bangkit untuk mencapai kejayaan yang kami semua impikan,” beliau tutup temubual.
Walau bagaimanapun, skuad Gergasi Merah masih mempunyai peluang untuk menebus semula kekalahan semalam. Selangor FC akan bersaing dalam MFL Challenge Cup 2024/25 bersama Kedah Darul Aman FC, PDRM FC, Kelantan Darul Naim FC, Penang FC, Melaka FC, PT Atletic FC dan KL Rovers. Pasukan dijadualkan menentang Kelantan Darul Naim FC untuk pusingan Suku Akhir secara timbal balik tidak lama lagi.
Selangor FC juga ingin berterima kasih kasih kepada 7,065 penyokong yang hadir ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam untuk sama-sama berdiri di belakang pasukan.
Seterusnya, kelab Gergasi Merah terbang ke Manila, Filipina bagi perlawanan keenam saingan ACLTwo 2024/25 menentang Dynamic Herb Cebu FC pada hari Khamis ini, 5 Disember 2024, jam 6:00 petang di Stadium Memorial Rizal.
Demi Kebanggaan!